ONLINE SURVEY 2U (FAQ)

 
 
S: Program ini terlalu menarik. Adakah  ianya betul dan apa pula keuntungannya kepada pihak Online Survey 2U?
J: Program ini memang betul. Ia adalah sebuah program perintis di Malaysia dan baru beroperasi pada 1 Jan yang lalu. Pihak admin Online Survey 2U cuma mejadi platform yang menghubungkan syarikat-syarikat gergasi dunia dengan orang ramai (pengguna) untuk mendapatkan pandangan mereka. Kami tidak akan mengambil walau sebahagian kecilpun komisen yang anda perolehi daripada program ini melainkan yuran pendaftran bagi menguruskan akaun setiap ahli.

S: Apakah dia survey?
J: Survey merupakan satu set soalan yang direka khas bagi sesebuah syarikat mendapatkan pandangan orang ramai berkenaan produk atau perkhidmatan yang telah mereka keluarkan. Survey yang konvensional dilakukan melalui kaedah telefon ataupun menggunakan kertas soal-selidik. Namun terima kasih kepada revolusi internet, survey kini boleh dilakukan dengan mudah terus dari keselesaan rumah / pejabat anda.

S: Benarkah syarikat membayar bagi mendapatkan survey ini?
J: Benar! Beribu-ribu orang di Malaysia kini telahpun dapat menghasilkan beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit dengan hanya menyertai program survey sebegini.

S: Saya masih belajar. Adakah saya layak mengambil bahagian?
J: Semua orang tidak kira pelajar, suri-rumah, pesara, guru, askar, kerja makan gaji mahupun kerja sendiri adalah dikategorikan sebagai pengguna kerana anda membeli pelbagai jenis produk sepanjang hidup anda. Oleh itu anda layak menyertai program ini. Satu-satunya syarat utama yang dikenakan oleh semua syarikat  adalah semua pengguna yang ingin mengambil bahagian haruslah berumur 18 tahun ke atas.

S: Bilakah masanya saya boleh mengambil bahagian dalam survey ini?
J: Setelah kami mengirimkan alamat URL beserta username dan password, anda boleh lakukannya di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja baik di rumah ataupun di Kafe' Siber asalkan anda mempunyai akses kepada internet.

S: Berapa banyakkah wang yang akan saya perolehi melalui program ini?
J: Jumlah pendapatan anda bergantung kepada tahap kerajinan anda sendiri. Sekiranya anda sanggup menghabiskan 4 atau 5 jam setiap hari mengisi survey secara online melalui program ini, anda boleh mendapat pendapatan menjangkau RM2000-RM3000 (purata) setiap bulan. Malahan mungkin lebih. Anda tentukan sendiri.

S: Berapa lamakah masa bagi mengisi setiap survey?
J: Itu bergantung kepada syarikat yang mengeluarkan survey tersebut. Namun secara puratanya, setiap survey boleh mengambil masa antara 10-15 minit. Bagi survey yang lebih panjang dan lebih terperinci, masa yang lebih panjang adalah dijangkakan. Walaubagaimanapun bagi survey yang panjang syarikat biasanya akan membayar lebih.

S: Adakah yuran pendaftaran yang dikenakan adalah secara tahunan. Perlukah saya membayar setiap tahun?
J: Tidak. Yuran yang dikenakan adalah sekali ini sahaja. Selepas itu anda akan mendapat akses tanpa had ke program ini. Anda tidak perlu membuat pembayaran lagi sampai bila-bila.

S: Berapakah jumlah survey yang boleh diambil oleh ahli setiap hari?
J: Tiada had bagi survey yang anda boleh sertai. Tetapi pada kebiasaannya, jumlah survey yang mampu diambil oleh setiap ahli adalah dalam lingkungan 15-20 survey sehari.

 
OLEH KERANA SAMBUTAN YANG SANGAT MENGGALAKKAN, KAMI MEMBUKA PENDAFTARAN BAGI PENGAMBILAN BATCH KEDUA PROGRAM INI. TEMPAT ADALAH TERHAD. PIHAK ONLINE SURVEY 2U AKAN MEMBUAT PENGUMUMAN DARI MASA KE SEMASA BERKENAAN KEKOSONGAN YANG MASIH TINGGAL.

     




 
 
 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola